Siapa kata nak diet itu mudah!

Who says dieting is easy?

Who says dieting is easy!
Blueberry Cheesecake

Minggu lepas, saya craving blueberry cheese cake. Bila singgah ke kedai pilihan, baru perasan dah naik harga.
Ok, tak jadi.
Minda calculative "menyelamatkan".
Awal minggu ni, masuk lagi kedai yang sama.
Tapi masih menahan diri sambil cakap
"Birthday next week. Next week je lah beli."
Berjaya tak makan.


Minda reasoning menyelamatkan.
Hari ni, teringat lagi blueberry cheese cake.
Masuk kedai.
Beli satu.
Begitulah.
Tahap kemampuan delay gratification seseorang itu amat berbeza.

Justeru,
Untuk ubah tabiat makan dengan harapkan turun berat badan, bukan sekadar perlukan ilmu tentang kalori, tentang karbo protein & lemak semata-mata.
Kerana,
Bila berhadapan makanan,
Dengan macam-macam hormon dalam badan mendesak makan macam-macam,
Bagaimana untuk berjaya bertarung?

Yang sebenarnya,
Mereka perlu kemahiran "metacognitive"
Yang memampukan cipta peluang buat pilihan.
Bukan semuanya automatik setiap masa, tiada peluang buat pilihan.

Tambahan perspektif saya,
Perlukan kekuatan Iman dalam makna praktikal.

Jadi, siapa kata berdiet itu mudah!

Ayat Ibrahim
Kaunselor Berdaftar dan Ahli Dietetik

Tinggalkan Maklumbalas

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram